Tuesday, August 21, 2007

MUNAFIQUN

munafiq...perkataan yang keras untuk menghukum seseorang Muslim. tapi ramai yang punya sifat sedemikian disekeliling kita hari ini. melihat pada rupa paras dan tahap pengetahuan agama sangat mengkagumkan. tapi sayang sekali ilmu yang digunakan bukan untuk ke jalan yang benar. kelangsungan dari ilmu agama yang tinggi hasil dari pengajian disalah sebuah universiti yang tertua dunia di timur tengah, sesetengahnya sanggup menipu orang lain. berbekalkan ilmu agama yang tinggi, sesetengahnya sanggup memperdagangkan ia dengan menipu manusia² yang naif yakni kurang didikan agamanya. bukankah ilmu agama itu gunanya untuk mengajak seluruh manusia mengaku bahawa Islam adalah agama yang Benar, Tuhan ada Satu yakni Allah dan Rasul Muhammad S.A.W adalah nabi utusan terakhir dariNya? mengapa mesti menipu dan khianat apabila ada orang yang percayakan anda?

banyak dalam al-Quran, Allah ceritakan perihal sikap orang munafiq. terang² Allah nyatakan dalam KalamNya tentang azab² orang munafiq. pada sesiapa yang membaca dan 'terasa' akibat perbuatan menipu dan khianat, saya sertakan sebahagian ayat² di dalam al-Quran dan hadith yang menerangkan sikap dan azab pada orang² munafiq. pesan saya, berhati-hati la bila berdepan dengan manusia terutamanya yang punya sifat² yang dinyatakan dalam hadith di bawah. jangan mudah percaya pada manusia yang punya pendidikan agama yang lebih tinggi dari anda semua, karena mereka mungkin menyalah guna ilmu yang ada!


"Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia nak menang."" (Riwayat oleh al'Syaikhan dari Ibn. 'Amr)

4:145. Sesungguhnya orang-orang munafik berada di dalam bahagian yang paling bawah di Api, dan kamu tidak mendapati bagi mereka sebarang penolong.

9:68. Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki, dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang yang tidak percaya, dengan api Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya. Cukuplah itu bagi mereka; Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka, azab yang kekal.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home