Monday, October 16, 2006

3rd Year Reunion


Untuk kali ke 3, aku dan kawan² aku yang lain buat reunion. betul kata aini, kawan² 14 aku tak pernah lupa pasal reunion bukak puasa sama². this time, it happened again! kali ni 12 orang berbuka puasa di SiaNara Restaurant. Director of the programme was Nani.
Walaupun yana, remy, mamek, cha, sara dan mila tak dapat datang, tapi kemeriahan tu tetap ada. mungkin ini kali terakhir kami reunion utk title 'bujang' since hujung tahun ni nani, naem, mila, dan yana akan mengakhiri zaman dara masing². tapi harapan aku, tahun² akan datang tetap ada reunion cuma berbeza keadaan yang mana masing² akan bawa keluarga masing².
Bangga dapat kawan² seumpama mereka. ketika suka atau duka, mereka senantiasa ada. berkongsi pelbagai rasa walaupun kadang² ada juga yang terasa hati. tapi kami tetap baik seumpama sengketa itu berlalu pergi bersama dengan persahabatan erat yang terjalin.
Pelbagai cerita dibincangkan masa buka puasa hari tu, ieta dengan kerjaya cikgu,wawa yang dah pindah rumah, majlis kahwin naem yang bakal menjelang tiba, dan kenduri yana dan mila pada hari yang sama. Pasal kenduri mila dan yana, terpaksa lah bahagi kawan² untuk ke2-2 kenduri ni since 1 kenduri di Sg Petani dan 1 lagi di Kelantan.
Dalam rancak berbual, aku terfikir..yang kawan² aku ni tetap sama dari pertama kali aku kenali mereka di matric center, pj-main campus, gombak-bekerja. mereka tetap sama, bergelak ketawa, riuh rendah, dan penuh dengan lawak. aku sedar walaupun dunia berubah, masing² punya kerjaya masing², kami tetap sama.ikatan persahabatan kami tetap utuh.
sekali lagi aku bersyukur punya kawan² yang sebegitu akrab. terima kasih Tuhan kerana telah mempertemui aku dengan mereka.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home