Ud'uni Astajiblakum
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk (Al-Baqarah: 45)
tiap kali dirundung masalah, abang lah tempat mengadu yang saya cari. dan jawapan pada masalah saya semestinya ayat yang tertera di atas.
dulu memang tiap kali dapat jawapan ni, macam rasa abang sebenarnya dah bosan mendengar masalah saya. tapi bila dikaji semula, inilah antara nasihat abang saya yang paling bernilai. sememangnya, jawapan ini harus diberikan pada saya moga saya lebih menggunakan akal untuk berfikir dari terlalu mengikutkan perasaan yang selalu dirasuk syaitan.
saya belajar banyak benda dari ayat di atas. satu seruan yang ditiupkan adalah, kemana jua kaki melangkah, setinggi mana cita dan impian, kita cuma ada 1 jalan. kembali kepada Allah. kerana setiap apa yang diciptakan semestinya Allah punya jawapan.
pada kawan², mohonlah kepada Allah moga berterusan dikurniakan Hidayah-Nya dan senantiasa mengingati-Nya kerna DIA tak pernah lupakan kita.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home