Monday, August 27, 2007

Auntie 14s

25.8.2007, jam 1.06pm, lahir seorang khalifah Allah yang bernama Ahmad Hanafi b Ahmad Shahrir di muka bumi ini. Alhamdulillah.

Tahniah buat pasangan Noor Hanani Shahbani dan Ahmad Shahrir Omarudin atas kurniaan rezeki yang Allah berikan. ingatlah, kalian sudah punya bertambahan tanggungjawab dan amanah dariNya. bentukla dia menjadi seorang Khalifah Allah yang agung di muka bumi ini.

Sekarang kawan² 14 dah naik 'pangkat'..semua dah jadi makcik. tak sabar nak tunggu anak² sedara lain yang bakal lahir. little khalifah of naem, yana, mila, remy, aishah and mamek whom will be coming soon.

Wednesday, August 22, 2007

Allah, Give Me Strength

pagi tadi aku berkesempatan untuk chat dengan yana dan aini. seperti biasa perbualan kami lebih menjurus dengan kerja² yang kami lakukan sekarang. dengan tak semena-mena soal cinta dipersoalkan. apalagi, topik ini terus menjadi bualan panas pagi bagi aini dan yana. terpana aku membaca kalimah² cinta yang ditaip oleh yana di YM. yana, you are really good in philosophy! aku kurang minat untuk membual tentang topik pagi tu. aku hanya sekadar membaca setiap ayat yang keluar. mungkin aku masih phobia dengan kejadian menimpa aku beberapa bulan yang lalu.

ketika menunggu untuk kelas seterusnya, seperti biasa aku baca koleksi puisi tagore. lalu aku ketemu sesuatu. nah, aku sertakan puisi ini buat kalian membacanya. kalian juga boleh bagi komen. what ever it is, Yana, you're such a very wonderful friend!thanks to Allah for giving me a friend like her.

This is my prayer to thee, my lord---strike,
strike at the root of penury in my heart.
Give me the strength lightly to bear my joys and sorrows.

Give me the strength to make my love fruitful in service.
Give me the strength never to disown the poor or bend my knees before insolent might.
Give me the strength to raise my mind high above daily trifles.
And give me the strength to surrender my strength to thy will with love.

(Rabindranath Tagore 1861 - 1941)

Tuesday, August 21, 2007

In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

pada hambaNya yang tinggi ilmu agamanya, kenapa sesetengah dari kalian sanggup khianat pada saudara kamu sendiri? tidakkah kamu semua tahu tentang pembalasan Tuhan ketika hari dimana semua hamba Allah akan dihitung semua amalannya walaupun sebesar zarah? tidakkah anda semua takut dengan pembalasan Tuhan?

andai kamu fikir ilmu agama kamu itu cukup tinggi. aku kira kamu antara kalangan yang salah! jika ilmu agama kamu itu tinggi, kamu tidak sesekali bercakap bohong. dan kamu tidak sesekali mengkhianati amanah saudara kamu sendiri.

aku tidak sekali-kali punya sifat prejudis pada orang yang ilmu agamanya tinggi. aku sangat menghormati pada orang yang ilmu agamanya sangat banyak. tapi aku kesal dengan sifat segelintir darinya yang menggunakan agama untuk mengkhianati orang lain. hairan ya, kenapa kalian semua tidak mempraktikkan semua ilmu yang kalian belajar? dan antara diantaranya menyalahkan orang lain dek kerana perbuatannya sendiri. tangan kamu yang merosakkan masyarakat, kenapa kamu perlu salahkan orang lain!

perbuatan kamu akan dihitung semuanya. tidak ada yang akan terlepas dari pengiraanNya. beringatlah dengan kedatangan hari kerosakan yang amat dasyat.

"Apabila langit terbelah. Dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan. Dan apabila lautan dijadikan meluap. Dan apabila kuburan-kuburan dibongkar.Maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikannya. Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah." (82 : 1-6)

MUNAFIQUN

munafiq...perkataan yang keras untuk menghukum seseorang Muslim. tapi ramai yang punya sifat sedemikian disekeliling kita hari ini. melihat pada rupa paras dan tahap pengetahuan agama sangat mengkagumkan. tapi sayang sekali ilmu yang digunakan bukan untuk ke jalan yang benar. kelangsungan dari ilmu agama yang tinggi hasil dari pengajian disalah sebuah universiti yang tertua dunia di timur tengah, sesetengahnya sanggup menipu orang lain. berbekalkan ilmu agama yang tinggi, sesetengahnya sanggup memperdagangkan ia dengan menipu manusia² yang naif yakni kurang didikan agamanya. bukankah ilmu agama itu gunanya untuk mengajak seluruh manusia mengaku bahawa Islam adalah agama yang Benar, Tuhan ada Satu yakni Allah dan Rasul Muhammad S.A.W adalah nabi utusan terakhir dariNya? mengapa mesti menipu dan khianat apabila ada orang yang percayakan anda?

banyak dalam al-Quran, Allah ceritakan perihal sikap orang munafiq. terang² Allah nyatakan dalam KalamNya tentang azab² orang munafiq. pada sesiapa yang membaca dan 'terasa' akibat perbuatan menipu dan khianat, saya sertakan sebahagian ayat² di dalam al-Quran dan hadith yang menerangkan sikap dan azab pada orang² munafiq. pesan saya, berhati-hati la bila berdepan dengan manusia terutamanya yang punya sifat² yang dinyatakan dalam hadith di bawah. jangan mudah percaya pada manusia yang punya pendidikan agama yang lebih tinggi dari anda semua, karena mereka mungkin menyalah guna ilmu yang ada!


"Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia nak menang."" (Riwayat oleh al'Syaikhan dari Ibn. 'Amr)

4:145. Sesungguhnya orang-orang munafik berada di dalam bahagian yang paling bawah di Api, dan kamu tidak mendapati bagi mereka sebarang penolong.

9:68. Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki, dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang yang tidak percaya, dengan api Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya. Cukuplah itu bagi mereka; Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka, azab yang kekal.


Wednesday, August 15, 2007

Ikut Dalil dan Fakta, Buang Taklid Buta

ini antara artikel yang saya paling suka dalam blog Dr Asri. isu taklid ini sudah biasa di Malaysia. ikut pengalaman saya ketika mengikuti mana² kuliah agama di kampung, kebanyakan jemaah surau atau masjid akan menerima bulat² dengan apa yang diajar oleh penceramah tanpa melihat dahulu dalil² yang ada. kalo dilihat dalam ayat Al-Quran, Allah kerap kali mengingatkan HambaNya supaya berfikir. Berfikir menurut dalam artikel Dr Sidek Baba bermaksud menggunakan kekuatan akal dan daya taakulan untuk berfikir ke arah sesuatu yang Allah reda. Menggunakan akal untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah kemudian melakukan kajian dan penyelidikan berasaskan jiwa tadabbur yang tinggi menyebabkan hasil pemikiran membimbing kedekatan manusia dengan Penciptanya (read more).

setiap apa yang dituturkan perlu difikir semula supaya kita tidak taklid. ini antara petikan artikel dari Dr Asri saya selitkan di sini untuk tatapan semua.

"Islam adalah agama yang bina di atas hujah dan dalil. Sumber ajaran yang agung Islam adalah al-Quran dan al-Sunnah. Tiada Islam tanpa hujah dan dalil. Segala cakap kosong tanpa alasan tidak layak untuk dikaitkan dengan agama yang suci ini." Read More

Hak Wanita: Antara Hukum Tuhan dan Pelaksanaan Insan

ini antara tajuk artikel yang ditulis Dr Asri Zainal Abidin mufti perlis. satu tajuk yang aku fikir bagus untuk diulas.almaklumla sekarang zaman moden, ramai wanita yang berjawatan tinggi malahan ada yang sudah berani untuk meminta hak persamaan antara lelaki dan perempuan. kat sini aku lampirkan sebahagian dari artikel tu.

"Islam telah mencatatkan di dada sejarah bahawa dirinya adalah pembela agung wanita yang tiada tolok bandingnya. Sebelum kedatangan Islam, hak-hak wanita tidak dibincangkan atas nama sistem agama atau tanggungjawab keagamaan dalam wajah yang lengkap. Jikapun ada pembelaan hak mereka adalah atas ihsan dan simpati lelaki semata. Bahkan dalam sesetengah masyarakat, wanita dianggap sial dan tidak mempunyai nilai. Dalam masyarakat Babylon, jika suami membunuh seseorang, maka isterinya dihukum mati menggantikan tempatnya. Masyarakat Greek menganggap wanita lebih rendah nilainya dari lelaki. Pelacuran pula adalah amalan biasa di setiap peringkat dalam masyarakat Greek dan Rom. Masyarakat Mesir kuno menganggap wanita adalah lambang syaitan. Sementara masyarakat Arab pula mewarisi tradisi membunuh anak perempuan hidup-hidup. Masyarakat Hindu lebih dahsyat membakar seorang isteri bersama dengan mayat suaminya. Ini menyebabkan bekas ketua Hakim Mahkamah Delhi, Mr. Rajindar Sachar pernah menyebut: “Dari segi sejarahnya, Islam telah lama begitu terbuka dan progresif dalam memberikan hak pemilikan harta untuk kaum wanita. Suatu hakikat yang pasti bahawa tiada hak pemilikan harta yang diberikan kepada wanita Hindu sehinggalah tahun 1956. Ini apabila Hindu Code Bill dihapuskan. Sedangkan Islam telah pun memberikan hak-hak ini kepada wanita Muslim sejak seribu empat ratus tahun yang lampau. (Wahidudin Khan, Women Between Islam and Western Society, hlm. 46.)."

Read More