Friday, February 10, 2006

Hati Seorang LELAKI

Benarkah
Hati Seorang Lelaki
Bagai Kaca Yang Tajam
Andai Disentuh
Luka Pasti Tak Terubat
Walau Tinggal Parut
Sakitnya Masih Terasa
Dan Tajamnya
Tetap Bersisa

Benarkah
Hati Seorang Lelaki
Hanya Kesempurnaan
Yang Menjadi Idaman
Bukan Kekurangan Yang Dihajati
Sukar Menerima Kelebihan Orang Lain
Inginkan Jua Kelebihan Itu
Walaupun Mustahil Baginya

Benarkah
Hati Seorang Lelaki
Hanya Ego Bersemadi
Tersemai Menjadi Benih
Di Akar Sanubari ... .

Benarkah Seorang Lelaki
Persaudaraan Dan Persahabatan
Adalah Aset Bergalang Nyawa Gantinya
Rela Menghentikan Denyut Nadi
Hanya Kerana Ikatan
Adakah Simpulan Ini Mengatasi Cintanya
"Hanya Sebuah Pertanyaan.."

Yang Memerlukan Jawapan ...
Keliru .Tiapkali..
Mencari Jawapan Pada Persoalan..

pada manusia yang dijadikan Tuhan sebagai LELAKI..fikirĀ² kan lah..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home