Monday, May 29, 2006

Warkah Berlagu Pilu

Cinta nan pertama
seperti warkah lama
berulang-ulang dibaca
luka masih serupa.

Cinta nan dulu
seperti warkah baru
berhari-hari menunggu
rindu enggan berlalu.

Cinta nan pergi
seperti warkah sejati
kiriman sudah terhenti
setia tak pernah mati.


Seperti warkah tersisih
cintaku juga ada rahsia
kini hanya boleh dinukil
tidak bisa diutus lagi.

-The Naked Climatologist, 2006 -

The death is rising in Yogjakarta

FAKTA NOMBOR
4,332 - Terkorban
20,000 - Cedera
200,000 - Hilang tempat tinggal
(Berita Harian, 29 Jun 2006)

"Kerosakan telah nampak di darat dan di laut kerana tangan-tangan manusia sendiri mengusahakan, supaya Dia merasakan kepada mereka sebahagian daripada apa yang mereka buat, supaya mereka kembali." (30:41)

Buat 'yang tertinggi', pasti doa yang ku titipkan buat kamu, moga diberikan kekuatan dan kesabaran dalam membantu saudara² di sana.





Thursday, May 25, 2006

Bahtera Raudah

smlm, masa nak tidur, dapat sms dari abang saya. sms dia lebih kurang mcm ni la 'album M.Nasir dah kuar, ada lagu 'Bahtera Raudah'. fuyoo, m. nasir buat lagu guna nama saya!ha3x.

di bawah adalah ulasan dari M. Nasir tentang lagu² dalam album terbarunya, dan antaranya ialah;

"Lagu: Bahtera Raudah

Kata Nasir ini lagu perang. Sebenarnya, ia berirama progresif. Ia menggambarkan perjalanan menuju ke syurga kerana Raudah adalah salah satu nama syurga. "

Ud'uni Astajiblakum

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk (Al-Baqarah: 45)

tiap kali dirundung masalah, abang lah tempat mengadu yang saya cari. dan jawapan pada masalah saya semestinya ayat yang tertera di atas.

dulu memang tiap kali dapat jawapan ni, macam rasa abang sebenarnya dah bosan mendengar masalah saya. tapi bila dikaji semula, inilah antara nasihat abang saya yang paling bernilai. sememangnya, jawapan ini harus diberikan pada saya moga saya lebih menggunakan akal untuk berfikir dari terlalu mengikutkan perasaan yang selalu dirasuk syaitan.

saya belajar banyak benda dari ayat di atas. satu seruan yang ditiupkan adalah, kemana jua kaki melangkah, setinggi mana cita dan impian, kita cuma ada 1 jalan. kembali kepada Allah. kerana setiap apa yang diciptakan semestinya Allah punya jawapan.

pada kawan², mohonlah kepada Allah moga berterusan dikurniakan Hidayah-Nya dan senantiasa mengingati-Nya kerna DIA tak pernah lupakan kita.


Friday, May 19, 2006

Buat Terakhir Kali

Buat terakhir kali
aku ingin merayu
jangan buang rindu itu,
kita berdua
pernah akrab kerananya.

Buat terakhir kali
aku ingin merayu
jangan benci luka ini,
kita berdua
jadi dewasa kerananya.

Buat terakhir kali
aku ingin katakan
rindu itu lebih berharga
luka ini lebih bermakna
dari sebuah cinta lama
yang tidak lagi menyala
di hati yang sama.

-The Naked Climatologist, 2006-

buat yang 'tertinggi', ini kata2 ku titipkan khas buat kamu di sana yang nga bisa kembali padaku di sini.

Buat Teman

Sejauh mana
jarak kita
selama mana
tidak bersua

Kita tetap memandang
sang bulan yang sama
dengan mata yang serupa

Itu tanda terkuat
kita masih intim dekat

-the naked climatologist, 2006-

to all my friends out there, this poem is specially dedicated for you.

Wednesday, May 10, 2006

Bintang Di Surga

dah 2 minggu aku mula 'hidup' baru. hidup yang sebenarnya bukan dalam dunia aku. tapi aku cuba untuk sedia menerima segalanya dalam dunia ini.

dalam 2 minggu ini, aku terasa ada 'sesuatu' yang kurang. aku rasa perjalanan hidup aku tidak akan terhenti di sini.

aku rasa dalam hal ini, aini tahu apa yang aku rasa sekarang. chatting 5 minit ngn aini, macam² citer yang keluar. salah satu dari nya tentang hal ini.

sesetengah kawan aku tahu yg aku tgh study. cuma tinggal 9 bulan saja untuk aku habiskan study aku. sekarang matlamat aku untuk tamatkan study aku, grad with flying colors and mohon kerja tetap di kawasan berdekatan dengan PARIT BUNTAR!!!

kenapa pilih untuk duduk kampung?? sebab i need to take care of my mother..dengan kelulusan dan pengalaman kerja yang aku ada, aku harap aku boleh keja kat ILDP ka..IKM ka..mana² institusi pengajian yang dekat dengan rumah aku. so, aku senang nak jaga mak aku kat rumah!

KL??..hmmm.. apa ada kat sini? macam²..kota yang menjanjikan macam²..segala-galanya ada di KL...tapi hati aku tetap di kampung..rumah dan bilik tidurku yang penuh dengan Spongebob dan segala macam toys yang ada (dah 4 bulan tak balik kpg, sure bilik tu pun dah berabuk)..

Dear ALLAH, please grant my prayer.. i just want to be with my mother di kampung..murahkan rezeki ku dan mudahkanlah segala urusanku..

Monday, May 01, 2006

Biarlah Rahsia

last week i went to my previous office at Great Eastern to collect all my stuff. i've found a card on my table. i'd opened the envelope and i'd read what had been written on the card. it was a beautiful song sing by malaysia's songbird. this is the lyrics;

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku
Membayangkan pahit manis berlalu
Entah siapa yang tahu
Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesakkan
Takkan tugumu kebal
Tiada pertimbangan
Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi
Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam
Ku putuskan biarlah rahsia
Semakin aku hidup dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata
Bertulangkan dusta
Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku

i believe many of you had been heard this song. for those who gave me this song to me, Thank you. obviously, YOU knows what i feel without telling YOU what is happening. Am i too secretive??hahaha..not really kan. sebab aku tak cerita pun orang boleh baca riak muka aku..wierdo when certain people can 'read' you by only looking to your eyes and face.